hey readers ;) woahh , sudah kelamaan tidak update yaww .
rindu ta ? rindu ta ? haha . mesti tak kan ? haha !
lepas exam akan di update hari2 . hee . act , ari nih pun update sebab na share satu mende .
iaitu "laughing gas" . tetibe jee na share pasal mende uh . haha . act ,kat skola aku tenga gile org gune mende uh.
jom bace nih ;) :::
Gas itu ialah nitrus oksida. Nitrus oksida baru sahaja ditemui dan kesannya yang luar biasa menjadi bahan hiburan di majlis seperti ini. Satu sedut sudah cukup untuk menyebabkan orang itu ketawa berdekah-dekah, seperti seorang badut yang sedang gelak besar menghiburkan mereka yang sedang menonton. Kesan ini menyebabkan orang memanggil nitrus oksida ini dengan nama yang lain — gas ketawa.
Cooley menyedut dalam dan ketawa seperti orang gila. Kemudiannya, seperti kadang—kadang reaksi yang dihasilkan oleh gas ini, anginnya bertukar. Dia menjadi ganas, bergelut dengan penonton yang ada di situ dan cuba mencari gaduh. Dia jatuh dengan teruk, kemudian dia berusaha untuk bangun semula. Pukulan yang diterima seterusnya itu terus mendiamkan dia dan dia pulang ke tempat duduknya di sebelah Wells.
orang lain dipanggil pula naik ke pentas secara sukarela dan demontrasi itu diteruskan. Apabila salah seorang daripada penonton di situ memusingkan kepalanya ke arah Cooley, perhatiannya tertumpu kepada lumuran darah yang terkumpul di bawah kerusinya. Pada kaki Cooley terdapat luka yang dalam dan darah keluar dengan banyak. Bila diberitahu tentang kecederaannya, Cooley terkejut. Dia tidak berasa sakit langsung.
Wells, seorang doktor gigi sedar akan kepentingan peristiwa ini. Jika nitrus oksida boleh menumpulkan deria seseorang, mungkin ia boleh melenyapkan kesakitan semasa pembedahan. Wells tidak membuang masa untuk membuktikan teorinya ini. Beliau mempunyai satu gigi geraham yang sudah rosak yang membuatkan dia berasa sangat sakit, jadi dia mengumpul beberapa orang saksi dan meminta rakan sekerjanya mencabut giginya. Tetapi sebelum doktor gigi itu memulakan kerjanya, Wells menyedut nitrus oksida dan terus tidak sedar.
Semasa dia tidak sedar, rakan sekerjanya mencabut giginya. Seperti yang beliau jangka, Wells tidak berasa sakit langsung. Pengalamannya yang menggalakkan itu mendorong Wells untuk mengatur demontrasi yang lebih besar, kali ini di hadapan doktor dan doktor gigi di Massachusetts General Hospital di Boston. Dia memberi seorang pesakit yang rela mengikuti demonstrasi itu satu dos nitrus oksida, kemudian mencabut gigi pesakit itu. Tetapi pesakit itu menjerit dan meraung kesakitan dan membuatkan Wells terkejut. Kerana gementar beliau dengan tidak sengaja telah mula mencabut gigi sebelum gas itu memberi kesan kepada pesakit. Penonton mencemuh dan mula mengejek.
Wells meninggalkan dewan dalam keadaan yang sungguh memalukan, reputasinya terjejas dengan teruk. Wells berhenti daripada menjadi seorang doktor gigi tetapi demonstrasi beliau menarik minat mereka yang terus membuat eksperimen dengan nitrus oksida dan lain-lain ubat penahan sakit. Hari ini, kita patut berterima kasih kepada Wells dan perintis perubatan, kerana membolehkan kita menghadapi rawatan gigi yang tidak menyakitkan, tidak seperti dahulu.
dah bace ? haha , kesimpulanyee kawan2 aku uh menyalahguna kan alat uh . bohodoh !! haha !